Hye guys!❤
Jadi seperti yang telah dijanjikan, QekSha akan berkongsi dengan korang semua soalan-soalan temuduga yang telah disoal waktu QekSha iv dulu.
Kepada yang belum tahu, QekSha merupakan batch 2017/2018 Program Asasi Pengurusan UUM (PAPUUM). Jadi do take note ye guys yang soalan-soalan yang ditanya terutama isu-isu semasa adalah kebanyakannya daripada tahun 2017.
Secara asasnya, ada tiga rounds. First round, you guys perlu memperkenalkan diri masing-masing termasuklah kelebihan dan kelemahan korang plus all your achievements. Second, apa yang korang tahu tentang UUM. Then third round adalah tentang isu semasa.
Untuk QekSha, soalan yang ditanya adalah mengenai akhlak remaja dan pada pendapat QekSha siapakah yang perlu bertanggungjawab terhadap pembentukan akhlak remaja itu.
Bawah ini QekSha senaraikan soalan-soalan yang ditanya kepada beberapa kawan QekSha.
1. Racism issue
- bagaimana awak sesuaikan diri dalam multiracial place?
- bagaimana awak akan react kalau ada individu yang kutuk agama awak?
- bagaimana awak respond terhadap orang yang will treat you different in university?
2. HINDRAF issue. (QekSha provide link kepada yang nak tahu apa itu HINDRAF )
- pada pendapat awak, adakah tindakan mereka itu patut?
- pendapat awak tentang kebebasan bersuara?
3. Economic issue
- pendapat tentang harga rumah?
- apa yang patut orang buat untuk membolehkan mereka layak membeli rumah?
4. Bomoh
- adakah anda percaya bomoh?
- pendapat tentang kepercayaan bomoh?
5. Zakir Naik
6. Tokey gula dekat Malaysia
7. Muka siapa dekat duit Malaysia
8. Menteri Sukan
9. Kes 3.2 Billion
10. Apa itu GST?
11. MH370
12. Kim Jong Un
okay yang atas tu senarai-senarai yang kawan QekSha dapat semasa ditemuduga. QekSha juga ada selidik sikit soalan daripada junior-junior QekSha. Untuk batch 2018/2019, kebanyakan yang ditanya adalah mengenai course yang akan diambil setelah habis asasi dan kenapa pilih course tersebut.
Kepada yang mempunyai bakat seperti menyanyi, berlakon, menari dan sebagainya, you guys akan di temuduga secara lebih mendalam tentang bakat yang korang ada. So, jangan malu untuk tonjolkan bakat korang ye. Manalah tahu itu satu tiket untuk korang pass iv. Untuk pengetahuan korang semua, kita akan ada Talent Night okay!! Junior QekSha cakap kadang soalan simple ja macam nayatakan 5 Rukun Negara. Haa kalau salah jugak yang ni huhu terus out ye!
Jadi kepada yang dapat panggilan untuk iv, QekSha ucapkan tahniah ye! Kawan QekSha yang juga merupakan orang kuat dalam organisasi Asasi UUM suruh sampaikan untuk just get ready dengan
- tahu tentang course, kenapa nak ambil course itu dan questions yang relate dengan course tu.
- tahu tentang asasi, UUM, dan kenapa pilih UUM.
- isu semasa at least 3 years (maybe covid-19)
- jika ada bakat, know your facts properly.
- General knowledge (nama Sultan, Perdana Menteri)
- and talk confidently!!
Okay so sampai di sini saja untuk kalini. QekSha ada terfikir nak share diet journey QekSha from 90kgs to 55kgs now. Korang berminat tak? Kalau ye komen di bawah ye. Terima kasih sebab sudi baca post QekSha. Apa-apa soalan boleh komen di bawah atau email QekSha di curiousqekshare@gmail.com.
Till later! ❤
Saturday, May 23, 2020
Friday, May 22, 2020
PENGALAMAN TEMUDUGA PROGRAM ASASI PENGURUSAN UUM
Hye guys!❤
Hari ini QekSha nak share dekat korang semua tentang Program Asasi Pengursan UUM atau lebih dikenali sebagai PAPUUM. Program ini baru lagi ditubuhkan iaitu pada tahun 2014. QekSha merupakan batch 2017/2018. Jadi dekat sini QekSha nak share sikit la tentang program ni untuk bakal adik-adik yang sedang mencari maklumat tentang PAPUUM ni.
Program Asasi Pengurusan UUM (PAPUUM) merupakan satu-satunya program asasi yang terdapat di UUM. Tempoh pengajian yang ditawarkan ialah selama 1 tahun. Ramai yang apply untuk masuk PAPUUM disebabkan bila nak masuk degree nanti korang boleh pilih di antara 40 courses yang terdapat di UUM dan 99% confirm akan dapat. Tak perlu susah-susah nak isi upu dah..Korang cuma perlu isi program degree yang korang nak then letak as first choice confirm akan dapat insyaAllah
Kalau nak tahu student Asasi UUM ni macam anak emas UUM la heheh.. Tapi kalau nak masuk PAPUUM ni korang kena achieve beberapa requirements yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
haa dekat bawah ni QekSha share gambar nak mudahkan korang faham.
Okay so bila korang dah lepas requirements yang ditetapkan, korang apply je..bila dah apply, dalam sebulan macam tu dia akan hantar teks atau surat kalau korang layak untuk interview. Haa kalau yang belum tahu, PAPUUM ni nak masuk kena iv dulu..Tapi jangan risau iv dia tak adalah susah sangat. Tapi korang sebelum iv tu pastikan korang ada buat research la sikit tentang program ni.
Okay, so bila QekSha dah dapat tahu yang QekSha dipanggil untuk iv , QekSha pun prepare la benda-benda yang penting.. QekSha google habis segala maklumat yang boleh QekSha dapat dekat google tentang PAPUUM ni. Nak tanya orang terdekat pun, tak ada siapa yang QekSha kenal yang pernah masuk PAPPUM ni. So, terima kasih la dekat pakcik Google ni sebab dia lah kita senang nak cari maklumat.
Okay so tibalah hari iv.. QekSha jujur la ye.. ramai betul yang pergi iv;)
Time ni macam nak patah balik pun ada hahahaha.. tapi takkan la QekSha nak patah balik padahal dah datang kan..tapi nasibla QekSha kiranya awal la jugak datang tu.. tak silap QekSha waktu tu QekSha dapat nombor giliran 84..belakang QekSha jangan cakap la beratus lagi orang hahahaa..So korang nanti janganla pergi lambat ye!!
Kami diberikan bilik untuk menunggu. Dekat bilik tu kami kena serahkan segala dokumen yang telah minta untuk disediakan. Sementara tu sempat jugakla QekSha berkenalan dengan orang-orang yang datang untuk iv jugak. Yang dari MRSM, SBP, sekolah harian semua ada. Kawan-kawan sekolah rendah yang lama tak jumpa pun boleh jumpa dan siap tukar nombor telefon bagai hahaha
Jadi, setelah sejam tunggu nombor QekSha pun dipanggil. Waktu tu memang berdebar habis la. Setelah itu, kami diminta untuk tunggu sebentar di bilik satu lagi. Jadi kiranya ada dua bilik la. Satu bilik untuk check dokumen satu lagi bilik menunggu untuk di temu duga. Sementara tu disebabkan QekSha ni peramah orangnya, QekSha pun bersembangla dengan orang sebelah QekSha. Nombor giliran dia 85. Memang baik orangnya.Ramah ja. Sembang punya sembang tibalah giliran kami untuk di interview.
Dalam bilik interview tu, ada dua panelist. Waktu QekSha dua orang tapi QekSha sembang-sembang dengan kawan QekSha, diorang ada yang ditemuduga oleh 3 panelist. QekSha kena interview dengan Pengarah PAPPUM iaitu ASSOC.Prof. Dr. Munif dan Tuan Haji, lecturer accounting yang legend ni.
Temuduga berlangsung dalam 20 minit. Terdapat 8 orang dalam satu bilik semasa sesi temuduga dijalankan. Soalan yang diberikan tak adalah susah mana..jangan risau ye adik-adik..yang penting korang kena tunjuk confidence ja haa..
Nak tahu soalan apa tunggu next post dari QekSha okay.. tapi secara asasnya, kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing dan jawab isu-isu semasa yang disoal. QekSha akan listkan beberapa soalan yang ditanya semasa di temuduga. Untuk adik-adik semua QekSha akan selidik jugak dari kawan-kawan QekSha soalan yang diorang dapat untuk temuduga tu.
Lepas dah habis iv, dah boleh balik. So tunggu jela keputusan iv. Hasilnya, Alhamdulillah QekSha dapat! Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang PAPUUM ni boleh check di website PAPUUM ni ye.. nah QekSha sediakan link siap-siap dekat bawah ni untuk mudahkan korang
http://asasi.uum.edu.my/index.php
and satu lagi korang ingat tak kawan yang QekSha sembang semasa tengah tunggu giliran untuk ditemuduga tu, tanpa disangka dialah bakal menjadi roommate QekSha hhahhaha..nanti QekSha akan share pengalaman QekSha dengan roommate QekSha..tunggu ye!
okay untuk next post QekSha akan share dengan korang tentang tips temuduga dan soalan-soalan yang ditanya. Sekiranya ada soalan dan ingin bertanya, boleh komen di bawah atau email QekSha di
curiousqekshare@gmail.com InsyaAllah QekSha akan cuba untuk jawab semampu yang boleh.
Till later!❤

Subscribe to:
Posts (Atom)